Soalan Lazim

PERMOHONAN DALAM NEGARA

My E-Halal

Bagaimana memohon sijil halal melalui sistem MYeHALAL?
  1. Layari portal
  2. Pilih permohonan domestik atau luar negara.
  3. Daftar akaun syarikat melalui sistem MYeHALAL dengan menggunakan nombor SSM.
  4. Pengesahan ID dan kata laluan akaun syarikat akan diberi melalui e-mail dalam tempoh 24 jam.
  5. Syarikat hendaklah membaca dan memuat turun Manual Prosedur Pensijilan Halal.
@Hal Hub Malaysia
Apakah yang boleh dilakukan oleh pemohon sekiranya terlupa kata laluan?
Pemohon perlu menghubungi Unit ICT, BPH dengan memberikan No. SSM untuk tindakan susulan. @Hal Hub Malaysia

PERMOHONAN YANG DIGABUNGKAN

Apakah kriteria untuk melayakkan permohonan boleh digabungkan?
  1. Kategori permohonan yang boleh digabungkan:
    • Pembaharuan dan pembaharuan
    • Pembaharuan dan tambah produk / menu / outlet
  2. Hendaklah skim yang sama.
  3. Tempoh tamat kesemua Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang hendak digabungkan tidak melebihi 6 bulan.
  4. Dokumen permohonan hendaklah dihantar beserta suratiringan yang menjelaskan situasi permohonan tersebut termasuk ringkasan produk/menu dan bahan ramuan Permohonan digabungkan dalam permohonan yang paling awal akan tamat sijil.
  5. Pemohon hendaklah memilih kategori ‘baru’.
  6. Tarikh sijil halal bagi permohonan yang digabungkan bergantung kepada tarikh kelulusan permohonan tersebut.
@Hal Hub Malaysia
Bolehkan digabungkan permohonan bagi produk yang dihasilkan di kilang berlainan?
Tidak boleh. @Hal Hub Malaysia

PEMBAYARAN / PENYATA KEWANGAN

Apakah dokumen yang diperlukan sekiranya syarikat masih belum mempunyai penyata kewangan tahunan?
Syarikat boleh mengemukakan penyata bank syarikat bagi tempoh tiga bulan yang terkini. @Hal Hub Malaysia
Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran fi pensijilan halal?
Pembayaran hendaklah dibuat secara wang pos/bank draf. @Hal Hub Malaysia
Berapakah tempoh masa yang diberi kepada syarikat untuk membuat pembayaran setelah menerima surat caj?
Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja. Permohonan akan ditolak secara automatik sekiranya tiada bayaran dibuat dalam tempoh tersebut. @Hal Hub Malaysia
Adakah bayaran fi akan dikembalikan sekiranya permohonan tidak berjaya atau dibatalkan oleh pemohon?
Fi yang telah dibayar tidak akan dikembalikan. @Hal Hub Malaysia

LESEN PBT/LOKASI

Bolehkah permohonan dibuat sekiranya tiada lesen PBT?
Tidak boleh. @Hal Hub Malaysia
Adakah perlu membuat permohonan baharu sekiranya kilang bertukar lokasi?
Ya. Pemohon hendaklah membuat permohonan baharu. @Hal Hub Malaysia

DOKUMEN ASAS / DOKUMEN SOKONGAN

Apakah dokumen sokongan yang perlu disediakan bagi tujuan permohonan?
Sila rujuk senarai semak dokumen berdasarkan skim yang dipohon dalam sistem MYeHALAL. @Hal Hub Malaysia
Apakah dokumen sokongan yang diperlukan sekiranya bahan ramuan tiada sijil halal?
  1. Spesifikasi produk dan/atau MSDS (material safety data sheet) yang menyatakan sumber bahan mentah/komposisi.
  2. Carta alir proses ramuan.
@Hal Hub Malaysia
Adakah halal declaration diterima sekiranya ramuan tiada sijil halal?
Tidak boleh. @Hal Hub Malaysia
Adakah COA (certificate of analysis) diterima?
Tidak boleh. @Hal Hub Malaysia
Berapa lama tempoh masa yang diberi kepada pemohon untuk menghantar dokumen hard copy kepada JAKIM/JAIN?
Penghantaran dokumenyang lengkap hendaklah dibuat dalam tempoh lima (5) hari bekerja. Permohonan akan ditolak secara automatik sekiranya tiada dokumen diterima dalam tempoh tersebut. @Hal Hub Malaysia
Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan pensijilan halal?
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan pensijilan halal boleh dirujuk dalamsenarai semak sistem MYeHALAL.
  1. Dokumen hendaklah disusun mengikut senarai semak.
  2. Dokumen berkaitan bahan ramuan hendaklah disusun berdasarkan susunan bahan ramuandalam sistem MYeHALAL.
  3. Maklumat berkaitan bahan ramuan dan pendaftaran produk PBKD (sekiranya berkaitan) hendaklah ditanda (tagging) dan di highlight.
  4. Dokumen hendaklah ditebuk dan difailkan mengikut kesesuaian ketebalan.
@Hal Hub Malaysia

KADAR CAJ

Berapakah kadar caj yang dikenakanbagi hotel yang tiada penarafan bintang?
Kadar caj yang dikenakan adalah RM200/dapur untuk tempoh dua tahun.. @Hal Hub Malaysia
Berapakahkadar caj yang dikenakan untuk penambahan menu / menu promosi?
RM 200 untuk tempoh dua tahun. @Hal Hub Malaysia
Berapakah kadar caj yang dikenakan untuk tambah produk?
Berdasarkan kategori syarikat. @Hal Hub Malaysia
Berapakah kadar caj yang dikenakan untuk tambah outlet?
RM 200 untuk satu outlet bagi tempoh dua tahun. @Hal Hub Malaysia

PEMBAHARUAN

Bilakah permohonan pembaharuan boleh dibuat?
Permohonan pembaharuan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan atausekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tamat tempoh pensijilan. @Hal Hub Malaysia
Bolehkah syarikat membuat permohonan pembaharuan bagi sijil yang telah tamat tempoh?
Tidak boleh. Syarikat hendaklah membuat permohonan baharu. @Hal Hub Malaysia

BAHAN RAMUAN

Adakah bahan semulajadi boleh dipersijilkan halal?
Boleh dengan syarat produk yang dimohon mempunyai proses pencucian/ pemotongan/pembungkusan dan lain-lain. @Hal Hub Malaysia
Adakah alkohol dibenarkan dalam bahan ramuan?
Penggunaan alkohol (ethanol) dibenarkan dalam bahan ramuan dengan syarat –
  1. Alkohol bukan diperolehi daripada proses pembuatan arak.
  2. Peratus alkohol yang dibenarkan untuk minuman ringan yang dibuat bukan untuk tujuan penghasilan arak adalah di bawah aras 1 % v/v.
  3. Makanan/minuman yang mengandungi bahan-bahan perisa/pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan dan produk akhir adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5% .
@Hal Hub Malaysia

MENU/PRODUK

Adakah menu promosi perlu memohon pensijilan halal?
Ya, pemohon perlu membuat permohonan penambahan menu. @Hal Hub Malaysia
Apakah nama-nama menu/produk yang tidak layak dipersijilkan?
Nama-nama menu yang sinonim dengan menu yang tidak halal dan/atau nama yang memberi impak negatif atau mempunyai unsur keagamaan lain. @Hal Hub Malaysia

FARMASEUTIKAL/KOSMETIK

Apakah dokumen khusus yang diperlukan untuk permohonan halal bagi skim farmaseutikal/kosmetik?
Boleh dengan syarat produk yang dimohon mempunyai proses pencucian/ pemotongan/pembungkusan dan lain-lain.
  1. Farmaseutikal – MAL No.
  2. Kosmetik – NOT no.
  3. Lesen pengilangan daripada PBKD (untuk farmaseutikal).
@Hal Hub Malaysia
Apakah skim pensijilan yang berkaitan bagi permohonan minyak wangi?
Skim pensijilan yang berkaitan bagi permohonan minyak wangi adalah seperti berikut :
  1. Skim Kosmetik – untuk kegunaan luaran anggota badan.
  2. Skim Barang Gunaan – untuk selain daripada anggota badan.
@Hal Hub Malaysia

PENGILANGAN KONTRAK (OEM)

Bolehkah pemilik jenama memohon pensijilan halal atas nama syarikat sendiri?
Boleh, dengan syarat -
  1. Pengilang mempunyai pensijilan halal yang sah di bawah skim OEM.
  2. Pemilik jenama hendaklah memohon sijil halal bagi semua kilang yang mengeluarkan produk yang sama.
@Hal Hub Malaysia
Bolehkah pemilik jenamamelantik pengilang kontrak yang tidak mempunyai pensijilan halal?
Tidak boleh. Pengilang tersebut hendaklah mempunyai sijil halal terlebih dahulu sebelum menawarkan perkhidmatan OEM. @Hal Hub Malaysia
Bolehkah pemilik jenama melantik pengilang kontrak yang lain bagi menghasilkan produk yang sama?
Boleh dengan syarat –
  1. Pengilang mempunyai pensijilan halal yang sah di bawah skim OEM.
  2. Pemilik jenama hendaklah memohon sijil halal bagi semua kilang yang mengeluarkan produk yang sama.
@Hal Hub Malaysia

SKIM

Bolehkah permohonan skim yang berlainan dibuat dalam satu permohonan?
Tidak boleh. Syarikat hendaklah membuat permohonan yang berasingan bagi skim yang berbeza. @Hal Hub Malaysia
Apa yang perlu dilakukan sekiranya kilang OEM tidak mempunyai produk sendiri?
Pengilang hendaklah memohon pensijilan halal di bawah skim OEM. @Hal Hub Malaysia

PERMOHONAN DALAM LUAR NEGARA

Bagaimana cara untuk memohon pensijilan halal luar negara?
  1. Layari portal Halal.
  2. Pilih permohonan luar negara.
  3. Daftar akaun syarikat melalui sistem MYeHALAL dengan menggunakan nombor SSM.
  4. Pengesahan ID dan kata laluan akaun syarikat akan diberi melalui e-mail dalam tempoh 24 jam.
  5. Syarikat hendaklah membaca dan memuat turun Manual Prosedur Pensijilan Halal.
@Hal Hub Malaysia
Apakah skim produk yang layak memohon pensijilan luar negara?
Skim produk yang layak memohon pensijilan antarabangsa adalah seperti berikut :
  1. Produk Makanan/Minuman.
  2. Kosmetik.
  3. Farmaseutikal.
  4. Barang Gunaan.
@Hal Hub Malaysia
Siapakah yang layak memohon pensijilan luar negara?
Syarikat yang berdaftar di Malaysia sama ada cawangan, pengimport, pengedar dan ejen di Malaysia layak memohon pensijilan antarabangsa. @Hal Hub Malaysia
Berapakah kos yang terlibat dalam permohonan pensijilan halal luar negara?
ASEAN Luar ASEAN
RM2100 USD2100
@Hal Hub Malaysia
Berapakah tempoh masa yang diambil bagi pengauditan luar negara?
Tempoh masa yang diambil bagi pengauditan luar negara adalahminimumselama 4 hari bagi 1 kilang termasuk hari perjalanan pergi dan balik dan bergantung kepada jarak perjalanan dan situasi. @Hal Hub Malaysia
Siapakah yang menyediakan jadual perjalanan audit?
Pihak syarikatyang menyediakan jadual perjalanan audit. @Hal Hub Malaysia
Adakah menjadi syarat pengilang diluar negara mempunyai sijil halal daripada badan islam yang diiktiraf JAKIM?
Peraturan yang diguna pakai untuk pengauditan luar Negara adalah Manual Prosedur pensijilan Halal Malaysia, Standard Malaysia (berdasarkan skim) dan peraturan-peraturan yang berkaitan (dinyatakan dalam MPPHM). @Hal Hub Malaysia
Bolehkah logo halal yang dikeluarkan oleh badan pensijilan luar Negara yang diiktiraf JAKIM digantikan dengan logo halal Malaysia?
Tidak boleh. @Hal Hub Malaysia
Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan?
Pemohon Pengilang
SSM Lesen pengilang
MAL/NOT no (bagi produk yang Farmaseutikal/kosmetik yang dibawa masuk ke dalam Malaysia) Kad pengenalan diri (2 orang pekerja muslim dibahagian pemprosesan) *Jika tiada pekerja muslim, perlu jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh syarikat di Malaysia-pemohon)
Label pembungkusan (sekiranya dibekalkan oleh pemohon) Sijil Halal/dokumen berkaitan bahan ramuan
Carta alir pemprosesan produk
Label pembungkusan (sekiranya dibekalkan oleh pengilang)
Peta lokasi kilang
Dokumen-dokumen berkaitan (GMP, HACCP , ISO dll)
@Hal Hub Malaysia
Adakah produk berasaskan haiwan dan tenusu layak memohon pensijilan halal?
Pemohon hendaklahmerujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Verterinar Malaysia bagi produk-produk yang berasaskan haiwan dan tenusu. @Hal Hub Malaysia
Bolehkah produk gelatin dipersijilkan?
Boleh, setelah loji pemprosesan diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. @Hal Hub Malaysia
Bagaimanakah cara untuk memohon sijil halal bagi rumah sembelih luar negara??
JAKIM tidak mengeluarkan sijil halal kepada rumah sembelih di luar negara. Walaubagaimanapun pihak syarikat perlu menghubungi pihak Jabatan Perkhidmatan Verterinar Malaysiauntuk mendapatkan permit import. @Hal Hub Malaysia

SEKSYEN AUDIT

Berapa lamakah tempoh untuk dijadualkan setelah pembayaran dibuat?
Mengikut giliran pembayaran dalam tempoh maksimum 30 hari. @Hal Hub Malaysia
Adakah pemohon akan dimaklumkan sebelum pihak JAKIM datang bagi tujuan audit lapangan?
Ya, pemohon akan dimaklumkan melalui e-mail yang didaftarkan dalam sistem MyeHalal. @Hal Hub Malaysia
Sekiranya terdapat permohonan yang dibuat dalam tempoh terdekat, adakah dibenarkan pengauditan dijalankan secara serentak?
Ia bergantung kepada giliran penjadualan dan pertimbangan pihak JAKIM dan JAIN/MAIN. @Hal Hub Malaysia
Sekiranya syarikat tidak bersedia setelah dijadualkan, bolehkah ia ditangguhkan?
Syarikat hendaklah memaklumkan kepada JAKIM dan JAIN/MAIN sebaik sahaja makluman diterima dan mengemukakan alasan yang munasabah untuk ditangguhkan pengauditan lapangan. @Hal Hub Malaysia
Berapakah bilangan auditor yang terlibat sewaktu pengauditan lapangan?
Sekurang-kurangnya dua(2) orang yang terdiri dari bidang Syariah dan Teknikal. @Hal Hub Malaysia
Adakah pengauditan akan dijalankan pada waktu malam?
Ya, pengauditan akan dijalankan pada bila-bila masa berdasarkan waktu operasi syarikat. @Hal Hub Malaysia
Apakah elemen-elemen yang dilihat semasa pengauditan?
  1. Dokumentasi dan profil syarikat.
  2. Sistem kawalan halal dalaman.
  3. Bahan mentah/ ramuan dan bahan bantuan pemrposesan.
  4. Peralatan.
  5. Pembungkusan dan pelabelan.
  6. Pemyimpanan.
  7. Pemprosesan.
  8. Pengangkutan.
  9. Pekerja.
  10. Sistem sanitasi dan kebersihan premis.
  11. Pengurusan sisa buangan.
  12. Fizikal premis.
@Hal Hub Malaysia
Berapa lamakah tempoh diberikan untuk menjawab laporan ketidakakuran?
5 hari bekerja. @Hal Hub Malaysia
Adakah pihak auditor akan mengambil sampel sewaktu pengauditan lapangan?
Ya, sekiranya perlu. @Hal Hub Malaysia
Bagaimanakah caranya sekiranya pemohon ingin memohon tempoh lanjutan bagi menjawab laporan ketidakakuran?
Pemohon hendaklah menghantar surat rasmi dan mengemukakan alasan yang kukuh untuk permohonan tempoh lanjutan menjawab laporan ketidakakuran. Pertimbangan yang sewajarnya akan diberikan sekiranya munasabah. @Hal Hub Malaysia
Adakah pihak JAKIM dan JAIN/MAIN akan menjalankan audit susulan sekiranya laporan ketidakakuran dikeluarkan?
Ia bergantung kepada sejauhmana maklumbalas terhadap ketidakakuran yang dihantar menepati kehendak pensijilan halal Malaysia. @Hal Hub Malaysia
Bagaimanakah pemohon ingin berurusan dengan pihak auditor JAKIM dan JAIN/MAIN bagi tujuan memberi maklumbalas setelah pengauditan lapangan dijalankan?
Pihak pemohon boleh menghubungi auditor JAKIM dan JAIN/MAIN melalui maklumat yang tertera pada salinan laporan pengauditan seperti nama, nombor telefon dan e-mail atau berurusan secara terus di kaunter. @Hal Hub Malaysia
Bagaimanakah kaedah menjawab laporan ketidakakuran?
Maklumbalas laporan ketidakakuran hendaklah disertakan dengan surat rasmi, senarai ketidakakuran yang dikeluarkan beserta tindakan pembetulan yang telah dilakukan dan mengemukakan lampiran serta dihantar secara hardcopy semua auditor yang terlibat. @Hal Hub Malaysia
Bagaimanakah kaedah sekiranya ingin mengemaskini maklumat dalam sistem?
Pemohon hendaklah memaklumkan kepada auditor secara rasmi melalui e-mail atau bersurat dan menunggu sehingga sistem dibuka untuk sedia dikemaskini. @Hal Hub Malaysia

PENGELUARAN SIJIL

Berapa lamakah tempoh sijil siap dicetak?
Sijil akan siap dicetak dalam masa 5 hari bekerja. @Hal Hub Malaysia
Bilakah sijil boleh diambil/diperolehi?
Pemohon perlu menyemak dalam sistem MYeHALAL dan sekiranya no siri sijil telah tertera, maka sijil telah siap dicetak. @Hal Hub Malaysia
Bagaimanakah sijil boleh diambil setelah mendapat tahu permohonan telah diluluskan?
Pemohon dari Lembah Klang perlu ke Kaunter Bahagian Pengurusan Halal di Aras 6 Blok D, Kompleks Islam Putrajaya. Bagi pemohon luar Lembah Klang, BPH JAKIM akan mengirim secara PosLaju. @Hal Hub Malaysia
Bilakah sijil boleh diambil di kaunter?
Urusan pengambilan sijil hanya pada hari Selasa dan Khamis sahaja. @Hal Hub Malaysia
Siapakah yang boleh ambil sijil?
Mana-mana pekerja dari syarikat yang memohon boleh mewakili syarikat untuk mengambil sijil. @Hal Hub Malaysia
Adakah runner dibenarkan untuk mengambil sijil halal?
Boleh, dengan syarat surat wakil dibawa bersama. @Hal Hub Malaysia
Sekiranya terdapat kesilapan pada sijil, adakah boleh dicetak semula?
Ya @Hal Hub Malaysia
Bagaimanakah pihak pemohon dapat mengetahui sijil telah siap dicetak?
Jika terdapat ikon Surat Akuan Penerimaan Sijil Pengesahan Halal telah dipaparkan dalam sistem MYeHALAL. @Hal Hub Malaysia
Di manakah pemohon boleh mengambil sijil halal sekiranya permohonan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)?
Sijil halal hendaklah diambil mengikut tempat permohonan diuruskan. @Hal Hub Malaysia

PERUBAHAN/PERTAMBAHAN JENAMA

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan/pertambahan jenama?
Pemegang SPHM perlu kemukakan surat rasmi dengan menyatakan perubahan/pertambahan jenama beserta dokumen sokongan seperti label pembungkusan. @Hal Hub Malaysia
Adakah perubahan/pertambahan jenama perlu dikemaskini dalam sistem MYeHALAL?
Pengemaskinian maklumat terkini akan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Berwibawa. @Hal Hub Malaysia
Adakah perubahan/pertambahan jenama akan dipaparkan pada sijil?
Tidak @Hal Hub Malaysia
Adakah perubahan/pertambahan jenama perlu dimaklumkan kepada JAKIM/JAIN?
Ya @Hal Hub Malaysia

PERUBAHAN/PERTAMBAHAN BAHAN RAMUAN

Adakah perubahan/pertambahan bahan ramuan perlu dimaklumkan kepada JAKIM/JAIN?
Ya @Hal Hub Malaysia
Adakah perubahan/pertambahan bahan ramuan dikenakan caj?
Tidak @Hal Hub Malaysia
Apakah prosedur sekiranya ada perubahan/pertambahan ramuan bagi produk atau menu yang telah dipersijilkan?
Pemohon perlu mengemukakan surat rasmi dengan menyatakan bahan ramuan yang terlibat beserta dokuman sokongan seperti salinan sijil halal/MSDS/COA/Spesifikasi Produk dan lain-lain. @Hal Hub Malaysia
Berapakah had bilangan perubahan/pertambahan bahan ramuan yang dibenarkan?
Had maksima perubahan/pertambahan bahan ramuan adalah 10 bahan sahaja. @Hal Hub Malaysia
Adakah maklumat perubahan/pertambahan bahan ramuan perlu dikemaskini dalam sistem MYeHALAL?
Pemohon hendaklah mengemaskini perubahan/pertambahan bahan ramuan di Masterlist bahan ramuan dan pemohon juga perlu mengemaskini pada setiap produk semasa proses permohonan pembaharuan kelak. @Hal Hub Malaysia

PERUBAHAN/PERTAMBAHAN PEMBEKAL/PENGILANG BAHAN RAMUAN

Adakah perubahan/pertambahan pembekal/pengilang bahan ramuan perlu dimaklumkan kepada JAKIM/JAIN?
Ya @Hal Hub Malaysia
Apakah prosedur sekiranya ada perubahan/pertambahan pembekal/pengilang bagi produk atau menu yang telah dipersijilkan?
Pemohon perlu mengemukakan surat rasmi dengan menyatakan pembekal/pengilang yang terlibat beserta dokuman sokongan seperti salinan sijil halal/MSDS/COA/Spesifikasi Produk dan lain-lain. @Hal Hub Malaysia
Berapakah had perubahan/pertambahan pembekal/pengilang bahan ramuan yang dibenarkan?
Had maksima perubahan/pertambahan pembekal/pengilang bahan ramuan adalah 10 bahan sahaja. @Hal Hub Malaysia
Had maksima perubahan/pertambahan pembekal/pengilang bahan ramuan adalah 10 bahan sahaja.
Pemohon hendaklah mengemaskini perubahan/pertambahan pembekal/pengilang bahan ramuan di Masterlist bahan ramuan dan pemohon juga perlu mengemaskini pada setiap produk semasa proses permohonan pembaharuan kelak. @Hal Hub Malaysia

CETAKAN SEMULA SIJIL

Berapakah kadar caj untuk cetakan semula sijil?
Kadar caj adalah RM50 bagi setiap keping sijil. @Hal Hub Malaysia
Bagaimanakah bayaran boleh dibuat?
Bayaran hendaklah dalam bentuk bank deraf/wang pos di atas nama Ketua Pengarah JAKIM. @Hal Hub Malaysia
Berapakah tempoh pembayaran perlu diselesaikan?
Bayaran perlu dikemukakan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh surat dikeluarkan. @Hal Hub Malaysia
Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bagi permohonan cetakan semula sijil?
Dokumen berikut perlu disertakan:
  1. Sijil asal yang hendak dibuat pindaan.
  2. Salinan surat caj.
  3. Bank deraf/ Kiriman Wang Pos.
@Hal Hub Malaysia
Berapakah tempoh masa sijil akan dicetak selepas pembayaran dibuat?
Sijil akan siap dicetak dalam masa lima (5) hari bekerja. @Hal Hub Malaysia

PERUBAHAN PEMBUNGKUSAN

Adakah perubahan pembungkusan dibenarkan selepas kelulusan?
Ya @Hal Hub Malaysia
Apakah yang perlu dilakukan jika berlaku perubahan pembungkusan?
Pemegang SPHM perlu kemukakan surat rasmi dan contoh pembungkusan baharu untuk dinilai oleh JAKIM/JAIN. @Hal Hub Malaysia

NOTA KONSAINAN

Bagaimanakah cara memohon Nota Konsainan?
Pemohon perlu mengemukakan permohonan beserta maklumat-maklumat berkaitan (produk yang akan dieksport) ke Seksyen Sijil, BPH JAKIM melalui emel consignhalal.jakim@gmail.com @Hal Hub Malaysia
Berapakah tempoh masa bagi pengeluaran Nota Konsainan?
Nota konsainan akan dikeluarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan dikemukakan. @Hal Hub Malaysia
Berapakah tempoh masa bagi pengeluaran Nota Konsainan?
Nota konsainan akan dikeluarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan dikemukakan. @Hal Hub Malaysia
Adakah bayaran dikenakan bagi permohonan ini?
Tiada bayaran dikenakan buat masa sekarang. @Hal Hub Malaysia
Apakah prosedur bagi permohonan Nota Konsainan?
Pemohon akan diberikan templet Nota Konsainan untuk diisi maklumat berkaitan secara email. @Hal Hub Malaysia
Apakah syarat yang diperlukan bagi permohonan Nota Konsainan?
Pemohon perlu memastikan tempoh sahlaku sijil halal bagi produk yang dinyatakan di dalam Nota Konsainan masih sah. @Hal Hub Malaysia
Bagaimanakah cara mengetahui Nota Konsainan telah siap?
Makluman akan diemailkan. @Hal Hub Malaysia

LAIN-LAIN

Adakah JAKIM melantik dan mengiktiraf mana-mana konsultan?
Tidak. JAKIM tidak melantik dan mengiktiraf mana-mana konsultan. Walau bagaimanapun, JAKIM tiada halangan sekiranyapihak syarikat berhasrat untuk melantik konsultan. @Hal Hub Malaysia
Bolehkah syarikat yang baru beroperasi memohon sijil halal?
Boleh dengan syarat memenuhi keperluan pManual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. @Hal Hub Malaysia
Bolehkah syarikat yang baru beroperasi memohon sijil halal?
Boleh dengan syarat memenuhi keperluan pManual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. @Hal Hub Malaysia
Perlukah pemohon membuat semakan label pembungkusan?
Perlu jika terdapat tuntutan kesihatan bagi pelabelan produk. @Hal Hub Malaysia
Bolehkah syarikat menggunakan perkataan halal pada pendaftaran nama syarikat?
Tidak boleh berdasarkan manual prosedur pensijilan halal Malaysia. @Hal Hub Malaysia
Syarikat yang tidak lagi beroperasi sebagai rumah sembelih tetapi menjalankan aktiviti pemotongan. Adakah syarikat dibenarkan menggunakan sijil sedia ada atau membuat permohonan baharu?
Syarikat tidak dibenarkan menggunakan sijil sedia ada tetapi perlu membuat permohonan baharu di bawah skim produk dengan syarat sumber bahan adalah daripada rumah sembelih yang telah dipersijilkan. @Hal Hub Malaysia
Bolehkah produk di peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) memohon sijil halal?
Boleh mohon dengan syarat-syarat berikut :
  1. Bahan mentah telah tersedia dan dapat disemak semasa pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia.
  2. Tiada perubahan pada bahan mentah atau ramuan dan pelabelan.
  3. Telah dijalnkan ujian percubaan (trial run atau pilot run) di aliran pengeluaran (production line).
  4. Diluluskan oleh pihak pengurusan syarikat.
@Hal Hub Malaysia
Adakah pemohon dibenarkan untuk menggugurkan produk/dapur yang telah dipersijilkan semasa permohonan pembaharuan?
Ya. @Hal Hub Malaysia
Apakah Halal Assurance System(HAS)?
Sistem Jaminan Halal adalah satu sistem yang dibangunkan untuk meminimakan dan menyingkirkan ketidakakuran bagi menjaga integriti halal serta menghasilkan produk halal secara konsisten (pemohon perlu rujuk kepada garis panduan bagi Sistem Pengurusan Jaminan Halal JAKIM). @Hal Hub Malaysia
Adakah tanggungjawab kepada pihak pengilang untuk mengisi bahan ramuan bagi permohonan yang dibuat oleh pengedar/pemilik jenama?
Ya, kerana sistem MYeHALAL ada link antara pihak pengilang dan pengedar/pemilik jenama. @Hal Hub Malaysia
Apakah jenis kesilapan yang boleh dibuat cetakan semula tanpa caj?
Kesilapan berikut boleh dibuat cetakan semula sijil:-
  1. No rujukan.
  2. Malaysia Standard.
  3. Tempoh sah laku.
  4. Hilang dalam proses penghantaran (pos).
  5. Nama pengilang dan pemohon sama tetapi alamat berbeza.
@Hal Hub Malaysia
Apakah yang perlu dilakukan jika sijil hilang/rosak?
Pemegang SPHM perlu membuat laporan polis dan mengemukakan surat rasmi beserta salinan laporan polis kepada Seksyen Sijil, BPH JAKIM. @Hal Hub Malaysia
Adakah lampiran disertakan bersama sijil permohonan Skim Logistik?
Hanya sijil halal sahaja yang diberi bagi permohonan Skim Logistik. @Hal Hub Malaysia
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya premis/kilang tidak lagi beroperasi?
Pemegang SPHM perlu mengembalikan semula sijil halal asal ke JAKIM/JAIN beserta surat makluman penutupan premis/kilang. @Hal Hub Malaysia
Adakah salinan sijil dan surat perakuan penerimaan boleh dihantar secara email?
Tidak boleh, salinan sijil dan surat perakuan penerimaan perlu dihantar secara pos atau serahan tangan sahaja. @Hal Hub Malaysia
Bagaimanakah permohonan pindaan berkaitan maklumat pada sijil halal boleh dibuat?
Pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada pihak Berkuasa Berwibawa yang meluluskan permohonan terlebih dahulu sebelum dikemukakan ke JAKIM. @Hal Hub Malaysia